Berita TVET
Isu kuota PTPK: Belia Sabah dikhuatiri batal hasrat daftar TVET - Nordin
16 September 2026
KOTA KINABALU - Masalah kuota pembiayaan dan syarat tambahan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dikhuatiri menyebabkan bakal pelatih akhirnya melupakan hasrat untuk mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pengerusi Kumpulan Pengasas dan Senior TVET Swasta Malaysia, Nordin Abdul Malek berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada pusat latihan TVET swasta khususnya yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berhubung masalah pembiayaan PTPK.
Menurutnya, perkara itu selari dengan maklumat diterima pihaknya dari seluruh negara mengenai kerenah birokrasi melibatkan PTPK yang menurutnya berlaku hampir setiap tahun, namun keadaan tahun ini dilihat lebih serius berikutan dua perkara utama.
"Yang pertama, penambahan kuota tidak dapat dilakukan di peringkat pusat-pusat bertauliah ini walaupun mereka sudah mendapat penarafan bintang yang lebih baik baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)."Difahamkan penarafan bintang yang sudah diberikan oleh JPK itu tidak dapat dilaksanakan oleh PTPK pada tahun ini dan hanya akan dilaksanakan seawal Januari tahun depan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook supaya Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan bersama PTPK mempertimbangkan pemberian Kuota Peralihan (Transitional Quota) Q4 2026 kepada pusat latihan TVET di Sabah yang telah memperoleh Malaysia TVET Rating 2026 tetapi penarafannya hanya berkuat kuasa mulai Januari 2027.Yun Fook sebelum ini membangkitkan kebimbangan bahawa keadaan itu berpotensi menyebabkan ratusan anak muda Sabah kehilangan atau terpaksa menangguhkan peluang mengikuti latihan kemahiran pada tahun ini.
Tambah Nordin lagi, keadaan itu menyebabkan kuota tambahan yang sepatutnya membolehkan pusat latihan meningkatkan pengambilan pelatih tidak dapat digunakan sehingga menyukarkan pendaftaran baharu ketika ini.
Katanya, penarafan bintang berkenaan sepatutnya membolehkan pusat latihan membuka peluang kepada lebih ramai calon khususnya belia Sabah untuk mengikuti latihan kemahiran pada tahun ini.
"Kebetulan musim pengambilan sedang berlaku pada bulan September dan juga Oktober tahun ini.
"Jadi, kuota-kuota tambahan yang sepatutnya membolehkan pengambilan itu ditingkatkan tidak dapat dilakukan oleh pusat-pusat bertauliah ini sehingga menyebabkan pendaftaran baharu sukar dilakukan ketika ini," katanya.
Selain isu kuota, Nordin berkata, keadaan menjadi lebih sukar susulan pekeliling PTPK yang menurutnya mensyaratkan pusat latihan menyediakan Memorandum Persefahaman (MOU) dan Surat Jaminan Pekerjaan daripada majikan untuk mengambil setiap pelajar mereka pada masa depan.
Beliau tidak menolak kemungkinan syarat berkenaan bertujuan memastikan pelatih mempunyai hala tuju pekerjaan selepas tamat latihan, namun berpandangan kerjasama dengan majikan melalui MOU sudah memadai sebelum keberhasilan pekerjaan dipantau selepas tamat pengajian.
"Tetapi yang penting sebenarnya memadai bahawa kita ada satu kerjasama dengan pihak majikan dalam bentuk bukti MOU.
"Kemudian selepas mereka tamat latihan, perlu dipantau termasuk berapa ramai yang mendapat pekerjaan, di mana, itu sudah cukup," katanya.
Menurutnya, dalam keadaan ekonomi semasa, majikan juga lebih berhati-hati untuk memberi komitmen mengambil pekerja baharu selain berhadapan peningkatan kos menjalankan perniagaan.
"Kita bimbang perkara ini akan menyebabkan majikan tidak berani untuk memberikan komitmen dan akhirnya akan mewujudkan kerenah birokrasi yang lebih besar sehingga menyebabkan mungkin pelajar-pelajar ini tidak dapat memenuhi syarat-syarat pinjaman dan akhirnya mereka melupakan hasrat untuk belajar.
"Ini sangat berbahaya kepada hasrat kita yang mahu memberikan peluang pendidikan khususnya belia-belia Sabah yang menjadi satu alat untuk membasmi dan mengeluarkan mereka daripada kemiskinan dengan adanya latihan TVET ini," katanya.
Nordin berkata, peluang mengikuti TVET sepatutnya dibuka seluas-luasnya bagi membolehkan golongan muda meningkatkan kemahiran serta memperoleh kelayakan yang diperakukan kerajaan dan industri sebagai bekalan untuk masa depan.
Pada masa sama, beliau menegaskan tanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan tidak seharusnya diletakkan kepada penyedia latihan semata-mata sebaliknya memerlukan penglibatan kerajaan, majikan dan industri dalam satu ekosistem.
"Pekerjaan ini bukanlah semata-mata tanggungjawab kepada pihak penyedia latihan sahaja, tetapi dia mempunyai tanggungjawab kepada kerajaan, majikan, industri yang perlu disatukan.
"Jadi untuk mendapatkan ekosistem ini bukanlah mudah. Kami yakin dengan pekeliling itu, ia akan meningkatkan lagi masalah yang sepatutnya memudahkan pelatih-pelatih ini untuk mendapat pembiayaan melalui pusat-pusat latihan," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa penambahbaikan segera dilakukan di peringkat PTPK terutama bagi mengelakkan pelaksanaan prosedur atau syarat tambahan secara mengejut yang boleh menjejaskan perancangan pengambilan pelatih.
"PTPK tidak boleh melaksanakan prosedur-prosedur tambahan mengejut secara ad hoc kerana pendidikan ini merupakan satu proses yang memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang berhati-hati.
"Sebarang perubahan mengejut boleh memberi risiko yang besar kepada kegagalan sistem," katanya.

Berita/Aktiviti