Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

Lebih 4,000 lepasan TVET Perak dapat kerja – Exco

10 September 2026

IPOH, 10 September – Seramai 4,200 individu atau 90.09 peratus peserta Program TVET Modular Industri di Perak berjaya mendapatkan pekerjaan selepas tamat latihan bagi tempoh 2022 hingga Jun 2026.Program diselaraskan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) itu antara usaha kerajaan negeri memastikan lepasan TVET terus berdaya saing dalam bidang yang diceburi.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah, pemerkasaan program TVET terus dipergiat menerusi pelaksanaan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan kemahiran semula (reskilling) di seluruh negeri.

“Bagi memastikan program TVET selari dengan keperluan industri, kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis TVET Negeri pada tahun 2024 sebagai badan yang akan menjadi penyelaras kepada inisiatif pemerkasaan TVET di Perak antara badan-badan kerajaan, pemain industri, institusi latihan yang terdapat di negeri ini,” katanya.

Beliau menambah, pelaksanaan Program TVET modular industri turut mewajibkan penglibatan pemain industri bertauliah yang beroperasi di Perak.
“Dasar itu bertujuan memastikan manfaat daripada inisiatif pemerkasaan TVET dapat dinikmati secara menyeluruh oleh industri tempatan,” jelasnya.

Sementara itu, terdapat 11 lagi kluster program TVET di bawah PASAK berteraskan latihan jangka pendek bertujuan memperluas akses serta peluang peningkatan kemahiran kepada anak-anak Perak.

“Sejak 2022, sebanyak 430 program latihan TVET telah dilaksanakan dan memberi manfaat kepada 7 ribu 161 peserta,” beliau menyatakannya ketika menjawab soalan lisan ADUN Lubok Merbau, Azizi Mohamed Ridzuwan pada persidangan Dewan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Portal Rasmi TVET MADANI © 2026 Hak Cipta Terpelihara