Berita TVET
10 tenaga pengajar TVET tamatkan Program AI Adoption in Teaching & Learning
23 April 2026
KUCHING: Seramai 10 tenaga pengajar TVET dari Sarawak Skills Kuching, Miri dan AWISAR berjaya menamatkan Program AI Adoption in Teaching & Learning di Politeknik Temasek Singapura dari 13 hingga 17 April lalu.
Program itu bertujuan meningkatkan keupayaan tenaga pengajar dalam mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam pendidikan dan latihan, selain memberi pendedahan kepada pendekatan pembelajaran inovatif berasaskan alami.
Sepanjang program lima hari tersebut, para peserta terlibat dalam sesi perkongsian ilmu, lawatan institusi serta pemerhatian secara langsung termasuk pendedahan kepada aplikasi AI dalam persekitaran pengajaran sebenar di Sekolah Informatik & IT dan Hab Keselamatan & Forensik.
Menurut Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri, program tersebut menekankan kepentingan peningkatan kemahiran berterusan dalam kalangan pendidik.
“Program ini melengkapkan tenaga pengajar kami dengan pengetahuan serta pendedahan yang diperlukan untuk mengintegrasikan AI dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
“Adalah penting untuk pendidik sentiasa mendahului perkembangan teknologi bagi memastikan latihan yang diberikan kekal relevan dan bersedia untuk masa dwpan,” katanya.
Program tersebut diakhiri dengan majlis penyampaian sijil oleh Dr Kwan Kian Hong bersama Hallman, diikuti sesi perkongsian yang mengetengahkan dapatan utama serta hala tuju pendidikan berasaskan AI pada masa depan.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) Chew Chang Guan serta yang lain.

Berita/Aktiviti