Berita TVET
TVET bukan lagi pilihan kedua, laluan utama lahir tenaga mahir negara
13 May 2026
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi dilihat sebagai pilihan kedua, sebaliknya menjadi laluan utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan negara.Menurut Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti , A. Azman Arshad, fokus utama TVET ketika ini adalah melahirkan graduan kompeten bagi sektor industri berimpak tinggi termasuk semikonduktor, selaras dengan kemasukan pelaburan baharu ke negara ini.
Jelasnya kerjasama rapat bersama industri terus diperkukuh bagi memastikan kursus yang ditawarkan kekal relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan semasa.
“Setakat ini, lebih 20 ribu kolaborasi industri diwujudkan menerusi Majlis Penasihat Industri (IAC) yang berperanan menyelaras keperluan kemahiran dan kompetensi diperlukan pihak industri,” katanya selepas bersiaran dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Jelas beliau lagi mekanisma itu dilaksanakan di kesemua 36 buah Politeknik dan 106 buah Kolej Komuniti di seluruh negara bagi memastikan graduan TVET terus mendapat tempat dalam pasaran kerja.Tambah beliau, cabaran utama ketika ini adalah memastikan lepasan TVET menerima gaji yang setimpal dengan kemahiran serta kepakaran dimiliki, sekali gus mencapai sasaran pendapatan lebih baik dan berkualiti seperti yang digariskan dalam Kerangka Ekonomi MADANI.
“Jumlah kemasukan pelajar di Politeknik dan Kolej Komuniti kini mencecah kira-kira 100,000 orang, manakala pengambilan baharu setiap tahun dianggarkan sekitar 40 ribu pelajar menerusi dua sesi kemasukan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan, sambutan Hari TVET Negara 2026 akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun ini sebagai platform bagi menghargai penggiat TVET melibatkan pelajar, institusi serta pihak industri.
Pelbagai pengisian disediakan termasuk pameran program TVET, pameran kolaborasi industri, seminar, pertandingan, karnival kerjaya, keusahawanan, e-sukan serta program infotainmen yang dikendalikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.

Berita/Aktiviti