Berita TVET
Pesawat tempur A-4 Skyhawk kembang dan perkukuh TVET
25 May 2026
UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melakar satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan pendidikan teknikal negara apabila menerima sumbangan pesawat tempur Douglas A-4 Skyhawk bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dalam bidang aeroangkasa serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Inisiatif itu dijangka memberi pendedahan lebih menyeluruh kepada penuntut menerusi latihan berasaskan situasi industri sebenar, khususnya dalam bidang teknologi penerbangan, penyelenggaraan pesawat, pembuatan aeroangkasa dan penerbangan profesional.
Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata, pesawat berkenaan akan ditempatkan di kampus induk UTHM Parit Raja, Johor, sebagai kemudahan latihan dan pembelajaran kepada penuntut.
Menurutnya, kemudahan itu bukan sahaja memberi pendedahan secara langsung kepada penuntut dalam bidang teknologi penerbangan dan penyelenggaraan pesawat, malah turut memperkukuh ekosistem pembelajaran berasaskan teknologi gunaan serta latihan industri sebenar.
"Empat program akademik di bawah Jabatan Aeronautik UTHM bakal memanfaatkan kemudahan itu iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pesawat dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyelenggaraan Pesawat Terbang) dengan Kepujian, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dengan Kepujian serta Sarjana Muda Teknologi (Professional Piloting) dengan Kepujian.
"Selain itu, penuntut program pembuatan pesawat berasaskan format 3U1i juga berpeluang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Operasi Pemesinan CNC bagi menghasilkan komponen sebenar untuk industri penerbangan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata, UTHM juga bakal menjadi satu-satunya universiti di negara ini yang mempunyai landasan kapal terbang sendiri di Tanjung Laboh, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai institusi peneraju TVET dan aeroangkasa negara.
"Pesawat Douglas A-4 Skyhawk itu adalah pesawat pejuang tempur ringan yang terkenal dengan reka bentuk kompak, ketahanan tinggi dan keupayaan operasi yang cemerlang.
"Pesawat sepanjang 12.22 meter itu juga menggunakan enjin J52-P8A turbojet dengan kelajuan maksimum mencecah 1,100 kilometer sejam.
"Penerimaan aset berimpak tinggi ini dijangka membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik antara universiti, industri pertahanan dan sektor aeroangkasa negara dalam usaha melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta memenuhi keperluan industri masa hadapan," katanya.
Sementara itu, majlis penyerahan dokumen pesawat berkenaan berlangsung di Kolej Tentera Udara dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Penyerahan disempurnakan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Tarminzi Mustapha, manakala UTHM diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts Dr Rabiah Ahmad selaku wakil rasmi Naib Canselor.
Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah UTHM Hasry Harun, Komandan Kolej Tentera Udara Brigedier Jeneral Azman Taib, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Prof Ts Dr Amir Khalid, Pengarah Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat Prof Dr Elmy Johana Mohamad serta timbalan dekan FKMP.
Gambar: PROF Rabiah, dan delegasi UTHM diberi penerangan berkaitan A-4 Skyhawk.

Berita/Aktiviti