Berita TVET
Hari TVET Negara 2026 perkukuh TVET pilihan utama kerjaya
3 June 2026
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 yang akan diadakan selama tiga hari bermula Jumaat ini di Dataran Putrajaya, bakal menjadi platform nasional bagi memperkukuh ekosistem TVET negara.
Sekreteriat Majlis TVET Negara dalam kenyataan berkata, sambutan dengan tema TVET Pilihan Utama Kerjaya itu, akan menghimpunkan kementerian, agensi kerajaan, institusi TVET awam dan swasta, pemain industri, usahawan, pelajar serta masyarakat.
Katanya, ia sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan TVET sebagai pemacu pembangunan modal insan dan ekonomi negara.
"Penganjuran ini turut menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik antara institusi TVET dan industri bagi memastikan pembangunan bakat negara selari dengan keperluan pasaran kerja semasa dan masa hadapan yang berteraskan teknologi, inovasi dan kemahiran," katanya.
Kenyataan itu berkata, TVET kini terus menunjukkan perkembangan positif dengan enrolmen keseluruhan sebanyak 459,558 pelajar serta kadar kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada 95.9 peratus pada tahun 2025.
"Perkembangan ini membuktikan bahawa TVET semakin diyakini masyarakat sebagai laluan utama membina kerjaya berkemahiran tinggi dan masa depan yang lebih cemerlang," katanya.
Hari TVET Negara 2026 melalui enam hab aktiviti utama menawarkan pelbagai pengisian menarik dan interaktif termasuk pameran TVET dan teknologi, seminar industri, Karnival Kerjaya TVET, keusahawanan.
Pertandingan kemahiran, robotik, drone soccer, Future Skills Showcase, TVET Idol, E-Sukan serta pelbagai aktiviti santai dan hiburan berinformasi untuk seisi keluarga.
Orang ramai terutama pelajar, ibu bapa, belia dan pencari kerja dijemput hadir memeriahkan Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hari TVET Negara 2026 boleh layari laman web rasmi https://haritvetnegara.tvet.gov.my/.

Berita/Aktiviti