Berita TVET
Lonjakan kemasukan pelajar bukti aliran TVET semakin diterima masyarakat
2 June 2026
KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kemasukan pelajar ke institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mencatatkan peningkatan ketara kepada kira-kira 459,000 orang tahun lepas, berbanding 344,000 pelajar pada 2020.Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara, Ts. Dr. Azmir Mohd Yunus berkata, perkembangan positif itu membuktikan bahawa TVET kini semakin diiktiraf dan mula menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat untuk melanjutkan pengajian.
Menurut beliau, trend peningkatan terbabit didorong oleh usaha proaktif kerajaan bersama pihak berkepentingan dalam memperkasa ekosistem TVET, sekali gus meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap kelebihan serta peluang kerjaya yang ditawarkan melalui aliran berkenaan.
“Kita memang lihat ada peningkatan dari segi minat dan juga kesedaran ibu bapa. TVET sekarang, apabila kita masuk (aliran ini) kita bukan berakhir di situ.
“Selain daripada peluang pekerjaan, mereka juga boleh sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat ijazah kerana universiti juga telah menerima kemasukan pelajar TVET,” katanya demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program ‘Selamat Pagi Malaysia’ terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, di sini hari ini.

Berita/Aktiviti