Berita TVET
TVET penjagaan warga emas Perak jana pendapatan terkumpul RM1.75 juta - EXCO
8 July 2026
IPOH: Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Penjagaan Warga Emas yang dilaksanakan kerajaan Perak sejak 2023 diunjurkan menjana kenaikan pendapatan terkumpul sebanyak RM1.75 juta dalam kalangan pengamalnya berikutan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed, berkata hingga Disember 2025, 66 peratus alumni Kursus Penjagaan Warga Emas Pensijilan Profesional di bawah inisiatif Santunan Kasih itu melaporkan peningkatan pendapatan bulanan, manakala 25 peratus daripada mereka berjaya menggandakan pendapatan.
"Kita bermula dari 2023 yang hingga kini terdapat 356 orang yang kita latih bersama dengan rakan strategik seperti UniKL RCMP, Sunshine Qualicare Sdn Bhd, Retirement and Recreation Management Sdn Bhd serta Persatuan Profesional Penjagaan Sosial dan Rumah Penjagaan Malaysia (MASOC Care), jadi setakat ini, kita hanya dapat memberikan sijil tamat latihan, belum ada akreditasi yang betul.
"Hal ini kerana kita tiada badan, termasuk pada peringkat Persekutuan, yang boleh mengiktiraf, namun dengan sijil itu mereka dapat menawarkan perkhidmatan sedemikian … malah, ada dalam kalangan mereka yang mendapat pendapatan bulanan RM7,000 hingga RM15,000," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Makan Malam Santunan Kasih di sini, malam tadi.
Salbiah berkata daripada keseluruhan peserta yang dilatih, kira-kira 66 peratus kini terlibat secara langsung menawarkan perkhidmatan penjagaan warga emas, manakala selebihnya menggunakan kemahiran tersebut untuk menjaga ahli keluarga sendiri.
Beliau berkata terdapat juga peserta yang mengembangkan kemahiran itu menjadi perusahaan sosial dengan membuka perniagaan berkaitan perkhidmatan penjagaan.
"Sekarang, memang kita fokus kepada perusahaan sosialdan ada dalam kalangan peserta yang memang buka perniagaan untuk tujuan ini, jadi kita akan tengok perkara ini dan kaedah untuk membantu, terutamanya kepada usahawan," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat mewujudkan satu sistem akreditasi atau badan pengiktirafan khusus bagi bidang penjagaan warga emas supaya kemahiran yang dimiliki diiktiraf secara rasmi.
"Saya harap kementerian berkaitan dapat meneliti perkara ini kerana bukan sahaja di Perak, (malah) Malaysia pun sudah menuju ke arah negara menua, jadi kita mengharapkan satu badan yang dapat memberikan akreditasi berkaitan penjagaan warga emas agar kemahiran peserta ini dapat ditambah nilai," katanya. – BERNAMA

Berita/Aktiviti