Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

Pekerja ekonomi gig disaran ikuti kursus TVET – TPM Zahid

9 July 2026

JOHOR BAHRU, 9 Julai – Seramai 1.21 juta tenaga kerja dalam sektor ekonomi gig dengan sebahagian besar daripadanya kurang latihan kemahiran.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan kepentingan pekerja ekonomi gig khususnya golongan muda diberikan peluang untuk mengikuti program peningkatan kemahiran dan latihan semula menerusi kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, menerusi langkah tersebut dapat melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran berbanding hanya bergantung sebagai pemandu kenderaan dalam sektor ekonomi gig.

“Saya telah mencadangkan perkara ini kepada kabinet supaya pekerja gig diberikan kursus TVET menggunakan peruntukan disalurkan kepada HRD Corp berjumlah kira-kira RM3 bilion.

“Usaha ini akan diaturkan bersama Menteri Sumber Manusia dengan kelulusan Kementerian Kewangan agar dana yang disumbangkan oleh semua syarikat dimanfaatkan untuk kursus berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Apa Kata Siswa Politeknik Ibrahim Sultan, di sini, hari ini.
Portal Rasmi TVET MADANI © 2026 Hak Cipta Terpelihara