Berita TVET
Jabatan Penjara sedia kerjasama dengan agensi, kementerian manfaat kepakaran TVET prospek
25 July 2026
Parit Buntar: Jabatan Penjara Malaysia bersedia membuka ruang kerjasama dengan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang ingin memanfaatkan prospek yang sedang menjalani latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi membantu melaksanakan projek pembangunan serta kemudahan komuniti berkaitan di bawah program Kampung MADANI.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata prospek yang mengikuti latihan TVET di bawah jabatan berkenaan memiliki pelbagai kemahiran dan berupaya menyumbang tenaga kerja berkualiti untuk menyiapkan projek di bawah agensi kerajaan.
"Tenaga kerjanya ialah prospek yang sedang menjalani latihan, itu uniknya pendekatan Kampung MADANI oleh Jabatan Penjara dan saya maklumkan juga bahawa bagi tahun ketiga berturut-turut, kesemua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menyusun jadual pelaksanaan program Kampung MADANI.
"Jabatan Penjara sentiasa terbuka kalau agensi, jabatan atau kementerian lain melihat bahawa prospek yang kami latih dengan menguasai kemahiran TVET ini boleh membantu menyiapkan projek di bawah mana-mana agensi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI & Sekolah Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Dewan PDT Kampung Piandang di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr Awang Alik Jeman dan Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.Saifuddin Nasution berkata pendekatan Jabatan Penjara itu berbeza daripada agensi lain kerana pelaksanaan projek infrastruktur komuniti di bawah Program Kampung MADANI menggunakan khidmat prospek yang sedang menjalani latihan, bukannya diserahkan kepada kontraktor biasa.
Beliau berkata prospek yang mendapat bimbingan daripada akademi di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kemudian turun ke kampung untuk membantu menyiapkan projek seperti pembinaan ramp di jeti nelayan selain pembinaan tandas dan juga pembinaan rumah asnaf.
Katanya, setakat ini sebanyak 453 pihak bersedia mengambil prospek yang telah menjalani latihan TVET sebagai pekerja mengikut bidang kemahiran masing-masing yang secara teknikalnya masih menjalani hukuman.
"Cuma, ada satu tempoh dalam hukuman (yang) mereka tak berada dalam institusi penjara, kita tempatkan di luar dan dengan cara itu masih di bawah pengawasan Jabatan Penjara yang kemudian kita padankan mereka dengan syarikat, dengan majikan dan mereka mendapat gaji.
"Bayangkanlah ibu bapa mereka tentu terperanjat, anak masuk penjara atas sabitan satu kes tapi dalam penjara kita asuh dia, bagi kemahiran dan memberikan pulangan.
"Jadi yang sekarang sedang berjalan adalah kami padankan dengan majikan sesuai dengan kemahiran TVET yang prospek miliki," katanya.
Beliau berkata antara latihan kemahiran termasuk kimpalan, pembinaan, kerja-kerja mengecat, pendawaian elektrik serta kemahiran berteknologi tinggi seperti tenunan songket.
Bagi Program Kampung Angkat MADANI berkenaan, kerajaan memperuntukkan RM500,000 bagi melaksanakan pelbagai projek menaik taraf kemudahan komuniti termasuk masjid, surau, jeti, rumah mengaji dan rumah asnaf, selain itu sebanyak RM100,000 turut diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI.
Gambar:
SAIFUDDIN Nasution (dua kanan) merasmikan Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia di Tanjung Piandang hari ini. Turut sama Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak (dua kiri). FOTO Bernama.

Berita/Aktiviti