Berita TVET
KBS meterai 12 MoU industri perkukuh TVET 2.0
17 August 2026
TEMERLOH – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memeterai 12 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dengan rakan strategik industri bagi memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kerjasama itu akan membuka lebih banyak peluang latihan industri, pemindahan teknologi serta perkongsian kepakaran yang mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.
Menurutnya, inisiatif tersebut selaras dengan aspirasi TVET 2.0 yang diperkenalkan kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang berimpak tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital dan transisi tenaga.
“TVET perlu melahirkan bakat yang bukan sahaja memenuhi keperluan industri, malah mampu menjadi pencipta inovasi dan pemacu ekonomi masa depan negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’26) dan Jelajah TVET ILKBS Zon Timur 2026 di Dewan Tun Razak, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Chan Hong Jin dan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Mohd Sukri Ismail.
Gambar: Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan dalam Sesi Pertukaran MoU Industri Bersama ILKBS sempena Majlis Perasmian Penutupan Innovation Development Through Educational Activities (iDEA'26) dan Jelajah TVET ILKBS Zon Timur Tahun 2026 di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.

Berita/Aktiviti