Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

Institusi TVET perlu sensitif dengan keperluan industri, jamin penempatan kerja - Yayasan Peneraju

2 January 2024

KUALA LUMPUR: Institusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu sensitif dengan keperluan semasa pekerja oleh industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata, ini bagi memastikan setiap bakat yang dilahirkan menerusi latihan yang disediakan mendapat penempatan kerja dan tidak berlaku lebihan sumber bakat.

“Kalau kita berjaya latih 5,000 jurudandang pada tahun ini dan ditempatkan dipenjawatan sewajarnya. Persoalannya, apabila kita terus melatih jurudandang baharu, adakah jurudandang baharu ini akan dapat penempatan kerja?

“Jawapannya, tidak. Bahkan, ini yang berlaku sekarang. Mereka yang dilatih dalam Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) mungkin tidak dapat mencari penempatan yang sewajarnya sejurus selepas melengkapkan pelajaran mereka.

“Oleh itu, kita perlu sangat sensitif dengan apa yang diperlukan oleh pasaran ketika ini dari semua peringkat; mahir dan separa mahir,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

--------------

Gambar: Ibrahim berkata adalah penting bagi memastikan setiap bakat yang dilahirkan menerusi latihan TVET yang disediakan mendapat penempatan kerja. - Astro AWANI

Portal Rasmi TVET MADANI © 2024 Hak Cipta Terpelihara