Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

UP_TVET saluran permohonan tunggal bagi ikuti kursus TVET

24 March 2024

PETALING JAYA: Seiring peningkatan kesedaran terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Majlis TVET Negara (MTVET) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) membangunkan sistem Unit Pengambilan TVET (UP_TVET) sebagai saluran permohonan tunggal bagi mengikuti kursus TVET di seluruh negara.

Siri perdana ambilan Julai 2024 kali ini melibatkan tawaran kursus di bawah tujuh kementerian antaranya Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon yang berminat, boleh mendapatkan maklumat kursus TVET di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui portal TVET Madani (https://www.tvet.gov.my) dengan Pendaftaran serta permohonan kursus adalah percuma.

Tarikh tutup permohonan kursus adalah pada 27 Mei melalui temuduga dan 11 Jun tanpa temuduga. – UTUSAN

Portal Rasmi TVET MADANI © 2024 Hak Cipta Terpelihara