Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

TVET kunci kejayaan masa depan – Ahmad Zahid

2 June 2024

PENDIDIKAN teknikal dan voaksional (TVET) adalah kunci kepada masa depan yang cerah kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau sering menekankan bahawa betapa pentingnya generasi muda untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran baru untuk bersaing di arena global.

“TVET tidak hanya menyediakan pengetahuan teknikal, tetapi juga membentuk sikap dan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam industri. Dengan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan, kita mampu meningkatkan produktiviti dan membawa inovasi dalam semua sektor ekonomi. Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan TVET.

“Penglibatan 12 kementerian dalam Majlis TVET Negara menunjukkan komitmen kita yang kuat dalam memajukan bidang ini. UP_TVET juga telah diperkenalkan untuk memudahkan pelajar mendaftar masuk ke pusat pembelajaran TVET.

“Selain itu, kerjasama antarabangsa dalam memberikan pendidikan dan latihan TVET juga telah diperluas. Saya sangat yakin bahawa institusi TVET mampu melahirkan tenaga kerja mahir yang pastinya akan mendapat tempat di industri kerana tahap kebolehpasaran yang tinggi,” katanya dalam kenyataan sempena Hari TVET Negara.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara