Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

KESUMA komited perkasa bidang TVET, penuhi keperluan industri negara

27 June 2024

LABUAN, 27 Jun- Kerjasama antara industri dan institusi pendidikan TVET perlu diperkukuh bagi memastikan program dan kursus yang dilaksanakan terus relevan dan menepati keperluan industri.

Pengerusi KESUMA Wilayah Persekutuan Labuan Ag. Ismail Ag. Tangah berkata kepakaran yang dimiliki oleh pihak industri perlu dikongsikan kepada tenaga pengajar dan pelajar di institusi TVET.

Ini katanya dapat melahirkan lebih ramai pekerja yang mempunyai tahap kemahiran tinggi dan mengikuti perkembangan terkini.

“Kerjasama strategik dengan pihak industri melalui MoU dan memorandum kerjasama ini dijangka dapat memberikan pelbagai faedah di kedua-dua belah pihak daripada aspek sumber manusia, perkongsian teknologi, perkongsian ilmu dan ianya dapat memberi potensi tambah nilai dalam memacu kemahiran negara”, katanya ketika berucap merasmikan Program Outreach Jelajah Madani Labuan 2024: Jom Masuk TVET sempena Jubli Delima 40 Tahun ILP Labuan.

Tambah beliau sebanyak sembilan syarikat yang aktif dalam menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama ILP Labuan. Sementara itu sepanjang 40 tahun penubuhan ILP Labuan pelbagai kejayan telah dilakar, menunjukkan institusi itu mampu untuk berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu ILP Labuan mempunyai kebolehpasaran sebanyak 90 peratus daripada pelajar mendapat kerja dalam bidang yang berkaitan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara