PELANCARAN PROGRAM TVET & KERJAYA ORANG ASLI AMAT MENGGALAKKAN
3 June 2023
SG. SIPUT, 3 JUN 2023 - YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia berbesar hati menghadiri sekaligus melancarkan Program TVET dan Kerjaya Orang Asli, bertempat di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong, Sg. Siput, Perak pada tengahari tadi.
Dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), program ini adalah selaras dengan ‘Sambutan Hari TVET Negara’ pada 2 Jun setiap tahun dan merupakan inisiatif YB Menteri Sumber Manusia untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti Orang Asli dalam bidang TVET.
Peserta program, terutama golongan belia dalam komuniti Orang Asli telah diberikan pendedahan kepada pelbagai bidang kemahiran berasaskan TVET untuk meningkatkan kefahaman dan minat mereka dalam bidang-bidang tersebut.
KSM dan JAKOA akan terus merancang dan melaksanakan pelbagai program TVET secara jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu meningkatkan taraf hidup komuniti Orang Asli, seterusnya akan melaksanakan program ini di seluruh Malaysia pada masa akan datang.
