Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Aktiviti TVET

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR: TVET PEMANGKIN PEMBENTUKAN MALAYSIA MADANI SEMPENA HARI TVET NEGARA 2023

2 June 2023

Shah Alam, 2 Jun 2023 - Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menghadiri sekaligus merasmikan Program Seminar: TVET Pemangkin Pembentukan Malaysia MADANI Sempena Hari TVET Negara Tahun 2023 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam.

Pada tanggal 2 Jun sejak tahun 2022, tarikh itu telah diumumkan oleh kerajaan sebagai Hari TVET Negara yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan TVET kepada masyarakat.

Seminar ini menampilkan panel dari pengamal industri, badan profesional, badan kawal selia TVET, dan ikon TVET yang membincangkan pelbagai topik berkaitan pelaksanaan program TVET di Malaysia.

Isu-isu seperti profesionalisme graduan, fleksibiliti program, laluan kerjaya, dan keusahawanan berasaskan TVET turut dibincangkan bagi memberi inspirasi kepada para peserta dalam melihat potensi TVET secara menyeluruh.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia, Ketua Eksekutif TalentCorp Malaysia, Ketua Eksekutif Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), pegawai-pegawai kanan serta wakil-wakil kementerian.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2024 Hak Cipta Terpelihara