Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

KPKM sasar kebolehpasaran siswazah TVET pertanian capai 85 peratus pada 2030

19 November 2024

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan kebolehpasaran siswazah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam sektor pertanian akan mencapai kadar 85 peratus menjelang 2030. Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pada 2023, sebanyak 982 siswazah berjaya menamatkan pengajian dengan kadar kebolehpasaran 78.1 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 5.8 peratus berbanding 72.3 peratus pada 2022.

“Sehingga kini, KPKM telah melahirkan 25,601 siswazah dalam bidang pertanian. KPKM menyasarkan sebanyak dua peratus purata pertumbuhan tahunan bagi bilangan pelatih dari 2024 hingga 2030,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang ingin tahu sasaran bilangan pelatih dan kadar kebolehpasaran TVET pertanian bagi tempoh 2024 hingga 2030 dalam mencapai matlamat utama yang ditetapkan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara