Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

Boleh guna Pentaksiran Bilik Darjah masuk TVET - Zahid

5 January 2025

BANGI: Pelajar yang ingin menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tanpa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai kelayakan kemasukan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata lebih 10,000 pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM pada 2023 dan tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, kerajaan memberikan peluang kedua kepada mereka yang memohon untuk memasuki TVET tanpa SPM.

"Kita harap kerjasama dapat dijalinkan antara Majlis TVET Negara dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengenal pasti pelajar di kalangan mereka.

"Mereka boleh memohon memasuki kursus TVET yang bersesuaian dengan citarasa masing-masing dan memohon melalui Unit Pengambilan TVET (UPTVET)," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kuali Cafe@UKM, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan turut menyelaraskan semua institusi TVET bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar.

"Terdapat 1,398 institusi TVET di seluruh negara. Kita selaraskan semua institusi itu, jadi mereka mempunyai banyak pilihan dan kursus bersesuaian serta institusi mana mereka masuki," katanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: Ahmad Zahid merasmikan Kuali Cafe@UKM di Bangunan Pusanika, UKM Bangi. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara