Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Aktiviti TVET

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DISARAN TINGKAT KETERLIHATAN BIDANG TVET

22 June 2023

22 Jun 2023 | Pasir Gudang, Johor

Warga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) diseru untuk meningkatkan keterlihatan bidang TVET dalam usaha menarik minat dan penyertaan generasi muda Malaysia sebagai pilihan kerjaya utama, sekali gus dapat melahirkan bakat profesional dan berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan semasa industri.

Saranan berikut dianjurkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin kepada warga PIS ketika program lawatan kerja rasmi beliau ke sini pagi tadi. Menurut beliau, usaha pemerkasaan tersebut boleh diteruskan dengan meningkatkan jalinan strategik bersama sektor industri bagi memastikan program yang terkini ditawarkan serta mampu menghasilkan penemuan dan inovasi baharu yang dapat memantapkan lagi bidang TVET negara.

Selain itu, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) turut disaran untuk mewujudkan ekosistem politeknik yang kondusif dan lestari, merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), kemudahan serta penginapan.

Tambahnya lagi, masa depan negara sentiasa bergantung harap kepada sektor pendidikan tinggi yang mana para mahasiswa yang dilahirkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan kelak inilah yang akan memacu kesejahteraan dan kemajuan Malaysia di pentas antarabangsa.

YB Menteri seterusnya dibawa melawat ke sekitar PIS sambil diiringi oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, dan Timbalan Pengarah (Akademik) PIS yang menjalankan fungsi Pengarah, YBrs. Ts. Hj. Hamdan Samdin.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2024 Hak Cipta Terpelihara