Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

TVET kini arus perdana, bukan lagi pilihan kedua - Fadhlina

24 March 2025

PETALING JAYA 24 Mac - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak lagi boleh dianggap sebagai pilihan kedua, sebaliknya menjadi arus perdana dalam sistem pendidikan negara.

Menurut beliau, TVET kini memainkan peranan penting dalam reformasi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kadar kebolehpasaran graduan mencapai 99 peratus.

“Sejak awal memimpin KPM, tumpuan saya kepada TVET adalah keutamaan. Kerajaan Madani juga telah menubuhkan Majlis TVET Negara sebagai landasan utama dalam menentukan hala tuju negara melalui TVET,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa Sabah mempunyai potensi besar dalam bidang TVET, walaupun masih banyak usaha diperlukan dalam sektor pendidikan negeri itu.

“Inisiatif sekolah daif di Sabah berjalan dengan progresif, termasuk pelbagai akses pendidikan lain seperti sekolah K9/K11, Program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah/Kelas MBPK, peningkatan inisiatif STEM, penyelesaian sekolah padat, serta advokasi berkaitan kemiskinan haid dan perkahwinan kanak-kanak,” katanya.

Justeru, katanya, TVET menjadi agenda utama KPM di Sabah dengan beberapa Kolej Vokasional (KV) di negeri itu diiktiraf di peringkat antarabangsa, membuktikan keupayaan institusi tersebut dalam melahirkan tenaga kerja mahir. - Media Telus

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara