Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

LAWATAN AHLI MAJLIS MARA KE CENTEXS: BINCANG KERJASAMA PEMBANGUNAN MODAL INSAN, KEUSAHAWANAN DAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK SARAWAK

1 July 2025

Kuching, 1 Julai 2025 – Ahli Majlis MARA, YBRS. Pn Hajar @Siti Hajar Binti Yasin telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) bersama beberapa pegawai kanan MARA bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan dan keusahawanan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Dr Mahzan bin Teh, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA, Ir. Nuriman bin Yusop, serta Pengarah MARA Negeri Sarawak, Encik A Razu bin. Abdul Razak

Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai bentuk kerjasama antara MARA dan CENTEXS, termasuk dalam pelaksanaan kursus latihan teknikal berasaskan industri. Fokus utama perbincangan adalah untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan yang kompeten dan bersedia memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.

YBRS. Pn Hajar @Siti Hajar menyatakan bahawa MARA amat komited untuk menyokong usaha memperkasakan anak muda Sarawak melalui pendidikan dan latihan kemahiran. Beliau melihat potensi besar untuk memperluas akses pendidikan kepada pelajar-pelajar Sarawak, termasuk menyediakan peluang latihan yang lebih relevan dengan keperluan industri serta membuka ruang pekerjaan kepada mereka.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi kerjasama dalam membimbing lepasan CENTEXS untuk menceburi bidang keusahawanan melalui sokongan daripada pelbagai program pembangunan usahawan yang ditawarkan oleh MARA.

Delegasi turut dibawa melawat fasiliti latihan CENTEXS, termasuk bengkel teknikal dan makmal latihan berteknologi tinggi yang menjadi pusat latihan utama dalam bidang seperti tenaga boleh baharu, automasi, dan teknologi digital.

Kerjasama yang dibentuk antara MARA dan CENTEXS ini dijangka akan memberi impak besar kepada pembangunan tenaga kerja mahir, meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada pelajar luar bandar, serta memperkasa golongan belia Sarawak dalam bidang keusahawanan dan industri.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara