Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

MARA MEMPERKASA EKONOMI SARAWAK MELALUI INOVASI DAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PETROLEUM SARAWAK BERHAD (PETROS)

2 July 2025

KUCHING, 2 Julai 2025 - Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh telah mengadakan sesi libat urus bersama rakan strategik industry, PETROLEUM SARAWAK BERHAD (PETROS) di Ibu Pejabat PETROS

Dalam usaha menjayakan pertumbuhan ekonomi mampan di Sarawak, teknologi hijau seperti carbon capture dan teknologi hydrogen menjadi fokus utama dalam mengurangkan kesan perubahan iklim dan mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga bersih. Teknologi ini bukan sahaja membantu mengurangkan pelepasan karbon, malah membuka ruang besar untuk inovasi dalam sektor tenaga masa depan.

Bagi memastikan pembangunan teknologi ini dapat disokong secara berterusan, IKM Kuching dan IKM Bintulu bersama sektor industri telah melancarkan program pembangunan talent yang komprehensif. Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyokong ekosistem teknologi hijau di Sarawak, sekaligus meningkatkan daya saing ekonomi negeri.

Melalui kolaborasi erat antara pendidikan dan industri, masyarakat tempatan bukan sahaja mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik, malah ekonomi Sarawak turut berkembang dengan pesat. Inisiatif ini memastikan Sarawak berada di barisan hadapan dalam pembangunan teknologi lestari, sekaligus memberi manfaat jangka panjang kepada generasi akan datang.

TVETMARA menerusi IKM Kuching dan IKM Bintulu Bersama Petroleum Sarawak berhad (PETROS) komited membina masa depan yang lebih hijau, mampan dan sejahtera untuk Sarawak!

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara