Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

Usaha perkukuh STEM, TVET keutamaan kerajaan

2 September 2025

KUALA LUMPUR, 2 September - Usaha memperkukuh aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus menjadi keutamaan kerajaan bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang kritikal yang diperlukan industri.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, selain memperkasakan aliran STEM di sekolah dan institusi pendidikan tinggi, kementeriannya turut membuka ruang kepada pelajar bukan STEM untuk beralih kepada aliran TVET.

“Sebenarnya kita amat prihatin dengan bidang-bidang kritikal diperlukan oleh negara buat masa ini. Kita cuba untuk memperkasakan aliran STEM dan pada masa sama juga inisiatif yang telah dibuat oleh kementerian kita cuba tukar daripada bidang bukan STEM seperti kesusasteraan atau sains sosial kepada TVET,” katanya di Dewan Negara.

Menurut beliau, setakat tahun ini, seramai 29,819 pelajar bukan STEM telah diterima masuk ke politeknik menerusi pelbagai kursus TVET.

Antara usaha lain ialah program Techno Huffaz menerusi kerjasama JAKIM yang menawarkan diploma politeknik bersama sijil tahfiz al-Quran, melibatkan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Sultan Azlan Shah.

Menerusi inisiatif tersebut, pelajar tahfiz boleh diserapkan ke bidang pengajian kritikal termasuk perniagaan dan kejuruteraan, sekali gus memperluas peluang pasaran kerja mereka.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara