Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Aktiviti TVET

MAJLIS KONVOKESYEN PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) TAHUN 2023

25 June 2023

Shah Alam - Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) 2023 telah berlangsung pada hari ni, 25 Jun 2023 di Shah Alam, Selangor. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Y.Bhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, yang mewakili Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V.Sivakumar, telah menyempurnakan Majlis Konvokesyen tersebut. Seramai 770 graduan dari CIAST dan Kampus Satelit CIAST (CSC) telah berjaya menamatkan latihan di peringkat Diploma Lanjutan, Diploma dan Sijil.

Semenjak program ini dimulakan pada tahun 1998, seramai 12,356 tenaga pengajar TVET telah berjaya menamatkan pengajian di CIAST. Oleh itu, Y.Bhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang berharap agar CIAST terus melahirkan lebih ramai tenaga pengajar TVET yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mampu menyumbang kepada penurunan kebergantungan negara terhadap pekerja asing yang tidak terlatih.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Ts. Dr. Mohamad bin Sulaiman, Pengarah CIAST, Zuleah binti Darsong, Timbalan Ketua Pengarah JTM, Ts. Kamaruzaman Bin Haji Md. Ali dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, En. John Riba Anak Marin, Ketua Eksekutif HRD Corp, Y.Bhg. Datuk Shahul Hameed Dawood, Naib Presiden FMM Institute, Y.Bhg. Dato' Dr. Ir. Andy Seo Kian Haw dan Timbalan Presiden FeMAC, Ts. Dr. Ravinthiran A/L Ramasam.

Portal Rasmi TVET MADANI © 2024 Hak Cipta Terpelihara