Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

KKDW fokus TVET di luar bandar lahirkan tenaga mahir

28 September 2025

KOTA SAMARAHAN, 28 Sept: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi tumpuan memperkasa latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam kalangan belia luar bandar bagi melahirkan tenaga kerja mahir sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, agensi di bawah KKDW seperti KEMAS, GIATMARA dan MARA kini menawarkan pelbagai program TVET dalam bidang industri berimpak tinggi termasuk minyak dan gas, perhotelan serta keusahawanan.

“TVET kini kita hubungkan secara langsung dengan pihak industri. Graduan bukan lagi hanya mencari kerja kerajaan seperti dahulu, tetapi mempunyai banyak peluang dalam sektor yang sedang berkembang.

“Inilah ruang yang perlu kita manfaatkan untuk menjana ekonomi luar bandar,” katanya ketika merasmikan Program Santunan Desa KEMAS Peringkat Parlimen Samarahan di sini, hari ini.

Menurut Rubiah, graduan TVET dari institusi luar bandar kini memiliki kebolehpasaran tinggi, malah ada yang terus diserap bekerja di syarikat minyak dan gas dengan gaji lumayan sebaik sahaja tamat pengajian.

Beliau optimis penekanan kepada latihan TVET mampu menjadi pemangkin perubahan dalam merubah landskap sosioekonomi luar bandar, melahirkan lebih ramai belia berkemahiran tinggi serta meningkatkan kesejahteraan keluarga desa.

Gambar: Datuk Rubiah Wang
Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara