Berita TVET
Penjenamaan semula ILP Kota Samarahan bukti pusat TVET tertinggi di Malaysia
5 October 2025
KOTA SAMARAHAN: Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, kini dikenali sebagai ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan, melakar sejarah tersendiri selepas merekodkan lebih 5,740 graduan dan melatih lebih 15,398 pekerja industri sepanjang 25 tahun penubuhan.
Sambutan Jubli Perak ulang tahun ke-25 institusi tersebut turut menyaksikan pengumuman penjenamaan baharu ILP Kampus Samarahan sebagai ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan, singkatan kepada Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia.
ADUN Stakan, Datuk Hamzah Ibrahim, berkata penjenamaan semula ILP itu adalah langkah penting untuk memperkukuhkan kedudukan kampus sebagai salah satu pusat Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertaraf tinggi di Malaysia.
“Saya percaya dengan nama baharu ini, kampus ini akan melangkah jauh menjadi hab latihan teknikal utama di Borneo malah di rantau Asia,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Sambutan Jubli Perak ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan yang berlangsung di Dewan Auditorium, ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan, hari ini.
Hamzah menegaskan penjenamaan semula institusi tersebut selari dengan kemajuan pesat yang dikecapi Kota Samarahan pada masa kini berbanding 30 tahun lalu.
“Dulu, arwah bapa saya dan golongan berusia dari Kota Samarahan memerlukan sekurang-kurangnya dua hari untuk ke bandar Kuching. Kami daripada hulu Sungai Samarahan terpaksa menggunakan sampan menyelurusi pasang surut Sungai Samarahan hingga ke Sungai Sarawak. Kota Samarahan hari ini sedikit kurang daripada bandaraya Kuching. Betapa pembangunan pesat dirancang oleh kerajaan, salah satu usahanya ialah menempatkan ADTEC JTM ke kawasan ini,” ungkapnya.
Beliau turut menegaskan graduan ADTEC JTM Kampus Samarahan telah memberi sumbangan besar kepada sektor industri sama ada di dalam mahupun luar negara. Ini membuktikan anak Sarawak mampu berdiri setara dengan tenaga kerja global.
Hamzah menyeru pelajar untuk tidak mensia-siakan peluang belajar, kerana tuntutan tenaga kerja masa kini bukan sahaja mengenai kemahiran, malah beretika, kreatif, inovatif dan tahan uji.
Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Datuk Rospiagos Taha, dan Pengarah ADTEC JTM Kampus Samarahan, Ts. Azkar-Albar Abu Bakar.
Gambar: INOVASI...Hamzah (tengah) melawat pameran inovasi teknologi yang dihasilkan oleh pelajar ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan

Berita/Aktiviti