Berita TVET
Graduan sulung mantapkan eksosistem TVET
10 November 2025
Dalam era dunia yang semakin didominasi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, keperluan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang ini kian mendesak.Menyedari kepentingan itu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tampil ke hadapan sebagai antara institusi pengajian tinggi pertama negara yang menubuhkan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX).
Langkah itu sekali gus mempelopori bidang ini dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan peringkat nasional.
Penubuhan FAIX bukan sekadar memenuhi tuntutan semasa, sebaliknya menjadi manifestasi komitmen UTeM menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) Negara.
Ia selaras dengan aspirasi Malaysia melahirkan 200,000 pakar AI dan 100,000 pakar keselamatan siber menjelang 2030, ke arah menjadikan negara ini peneraju teknologi serantau.
Terbaru, UTeM melakar sejarah apabila berjaya melahirkan 125 graduan sulung FAIX sempena Majlis Konvokesyen UTeM ke-21, baru-baru ini.
Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, kejayaan graduan sulung FAIX ini menjadi translasi keberhasilan graduan dalam bidang Kepintaran Buatan dan Keselamatan Siber buat dunia pendidikan tinggi dan negara.
Menurut Dr Massila, UTeM sentiasa komited dalam menzahirkan peranan besar bagi menerajui dan menjayakan aspirasi inisiatif baharu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara menerusi FAIX.
"Peranan kami bukan hanya tertumpu dalam menjayakan inisiatif terbaharu TVET Negara dalam aspek akademik, penyelidikan dan inovasi dalam bidang Kecerdasaran Buatan dan Keselamatan Siber semata-mata, malah lebih daripada itu.
"UTeM turut menjadi tunjang Malaysia dalam menyediakan tenaga kerja profesional mahir dalam bidang ini berasaskan teknologi melalui pendekatan TVET yang komprehensif dan adaptif."Penubuhan FAIX turut memperkukuh kepentingan AI Gunaan (Applied AI) yang merentas pelbagai disiplin, termasuk kejuruteraan, perniagaan, automasi dan sistem pintar," katanya.
Pada majlis itu, 62 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) dengan Kepujian, manakala 63 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) dengan Kepujian.
"Seramai 125 graduan pertama FAIX ini adalah sebahagian daripada 3,278 graduan UTeM yang menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta Doktor Falsafah (PhD)," katanya.
Majlis disempurnakan oleh Canselor UTeM yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Berita/Aktiviti