Berita TVET
Gaji lepasan aliran TVET jauh lebih tinggi berbanding lulusan SPM - Zahid
26 November 2025
TAWAU: Jumlah pelajar memilih aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini terus meningkat, selari dengan usaha kerajaan mengubah ekosistem pendidikan yang terlalu berorientasikan akademik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pada tahun lalu, seramai 432,000 pelajar melanjutkan pendidikan dalam aliran TVET dan terus meningkat kepada 492,000 tahun ini.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, memaklumkan Malaysia kini mempunyai 1,398 institusi TVET, merangkumi politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan institusi berkaitan termasuk maahad tahfiz yang turut menawarkan kemahiran teknikal.
"Peningkatan jumlah pelajar mengikuti aliran TVET ini selari dengan usaha kerajaan mengubah ekosistem pendidikan yang terlalu berorientasikan akademik," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Eksplorasi TVET Komuniti di Kolej Komuniti Tawau, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kira-kira 18,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menduduki peperiksaan utama itu tahun lalu kerana dipercayai lemah dalam membaca, menulis dan mengira.
"Justeru, TVET adalah laluan pendidikan alternatif yang memberi penekanan 70 peratus latihan praktikal berbanding 30 peratus teori di bilik darjah. Kerajaan turut meningkatkan peruntukan TVET secara konsisten daripada RM6.8 bilion pada 2023 kepada RM7.5 bilion pada 2024 dan RM7.9 bilion bagi 2025," katanya.
Beliau menambah, gaji lepasan TVET juga jauh lebih tinggi berbanding lepasan SPM dan Kerajaan MADANI melihat aliran pendidikan berkenaan sebagai pelaburan masa depan negara.
Gambar: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Eksplorasi TVET Komuniti di Kolej Komuniti Tawau, hari ini. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

Berita/Aktiviti