Berita TVET
UTeM tekad jadi juara dunia TVET
2 December 2025
MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang merupakan universiti awam terbaik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam negara bertekad akan menjadi juara dunia TVET.
Kenyataan tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin sewaktu Majlis Makan Malam Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak UTeM di salah sebuah hotel di Bandaraya Melaka semalam.
Massila berkata, UTeM telah bersedia untuk beraksi cemerlang di pentas antarabangsa sebagai juara dunia TVET apabila menyingkap kepada rangkaian kejayaan cemerlang dalam pelbagai elemen yang telah dikecapi sebelum ini.
Jelasnya, pelbagai pencapaian dikecapi dan sumbangan diberikan UTeM dalam aspek TVET secara menyeluruh yang menyentuh dari sudut akademik, penyelidikan inovasi, komuniti, industri dan agensi di peringkat negeri, nasional dan global.
Katanya, 1 Disember 2025 menjadi detik keramat yang mengukir sejarah buat UTeM, universiti awam terbaik TVET di negara ini yang telah mencapai usia 25 tahun penubuhannya.
“Tempoh 25 tahun ini turut mewarnai pengisian prestij dan kecemerlangan seiringan dengan aspirasi negara kita memiliki sebuah universiti teknikal awam yang terus unggul menjana graduan teknikal dan TVET bagi bersama memajukan negara bangsa.
“Pada masa yang sama turut menzahirkan keteguhan dan keberhasilan impak rantaian strategik antara universiti alumni, rakan industri, komuniti serta pihak kerajaan yang telah bersama dengan UTeM selama ini,” ujarnya.
Katanya lagi sempena dengan Sambutan Jubli Perak UTeM ini beliau turut menyampaikan penghargaan kepada buat seluruh pensyarah, penyelidik, pentadbir, juruteknik dan staf sokongan yang terus komited membangun serta menyerlahkan UTeM di mata dunia.
Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam merangkap Canselor UTeM bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Abdul Rahman.
Pada majlis yang sama turut diadakan Pelancaran Buku Terbitan Khas 25 Tahun UTeM serta penyampaian Anugerah Ikon Alumni dan Anugerah Khas Tun Canselor. – MalaysiaGazette

Berita/Aktiviti