Berita TVET
Malaysia cemerlang pada Worldskills ASEAN, serlah bakat TVET
9 December 2025
KUALA LUMPUR, 9 Disember - Kedudukan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara terus cemerlang dengan kejayaan Malaysia pada WorldSkills ASEAN Manila 2025.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pencapaian itu sekali gus membuktikan TVET Malaysia selari dengan taraf antarabangsa.
"Kemenangan disokong hasil daripada perancangan, disiplin dan kerja keras. Oleh itu, kami bersungguh-sungguh setiap kali bertanding. Bermula dari Manila di peringkat ASEAN, kami berusaha sepenuh tenaga.
"Akhirnya berjaya meraih tempat pertama di peringkat ASEAN. Manakala di peringkat Asia, kami mendapat tempat ketiga daripada 29 buah negara, menunjukkan negara kita berada pada kedudukan yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kote Media di sini. ujar beliau ketika ditemui RTM.
TVET kini menjadi pemacu utama ekonomi berkemahiran tinggi, sekali gus membantu Malaysia mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi dan produk import, khususnya dalam sektor automotif dan digital.
Selain itu, beliau menekankan bahawa kejayaan peserta Malaysia bukan sahaja membanggakan negara, tetapi turut memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk memilih TVET sebagai laluan kerjaya yang berprestij dan menjanjikan masa depan yang cerah.
Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa walaupun teknologi kecerdasan buatan semakin berkembang tetapi sentuhan manusia dan kemahiran manual tetap menjadi teras kepada kualiti kerja dalam bidang seperti masakan, pembinaan, kejuruteraan dan kreativiti.
Gabungan kemahiran teknikal serta kepakaran manusia inilah yang bakal membawa Malaysia lebih jauh di pentas global.

Berita/Aktiviti