Berita TVET
UTHM kekal institusi TVET bertaraf antarabangsa
6 December 2025
BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus mengekalkan reputasi sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertaraf antarabangsa.
Pro Canselor UTHM, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata kali ini, universiti berkenaan berjaya meraih status prestij Tapak Demonstrasi Ekohidrologi, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Kejayaan ini bukan sekadar satu anugerah, tetapi mencerminkan komitmen UTHM dalam memperkukuh penyelidikan dan kelestarian alam sekitar, selari dengan agenda pembangunan mampan global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen UTHM ke-25 di Dewan Sultan Ibrahim, di sini yang menyaksikan 4,915 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing bermula hari ini.
Mereka membabitkan 142 graduan ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana (393), sarjana muda (3,610) dan diploma (770).
Azmi juga berpesan kepada graduan agar melengkapkan diri dengan adab dan budi pekerti kerana ia adalah akar tunjang kepada ilmu dan pengetahuan.
"Jadilah graduan yang bukan sahaja bijak dalam akademik, tetapi juga tulus dan halus dalam pekerti serta mampu membawa kebaikan kepada masyarakat dan tanah air tercinta.
"Semoga graduan yang lahir dari UTHM menjadi generasi rabbani, bukan sahaja bijak akal dan akademik, tetapi unggul adab dan budi pekertinya, kukuh iman serta sentiasa memberi kebaikan kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF), Tan Sri Soh Thian Lai dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi mengiktiraf sumbangan luar biasa beliau dalam memperkasakan bidang TVET serta pembangunan industri negara.
Pada konvokesyen kali ini, beberapa anugerah turut disampaikan kepada graduan, antaranya Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Sultan Ibrahim, Anugerah Canselor, Anugerah Tesis Terbaik (Ijazah Kedoktoran) dan Anugerah Tesis Terbaik (Sarjana Penyelidikan).
Selain itu, Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Ijazah Kedoktoran (Kejuruteraan dan Teknologi), Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Sarjana Penyelidikan (Kejuruteraan dan Teknologi), Anugerah Tan Sri Dato' Paduka Hajjah Aishah Ghani dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik.
Turut disampaikan, BEM President Award, Anugerah Akademik Yayasan UTHM, Anugerah UTHM Holdings, Anugerah Khas Alumni (Kategori Akademik), Anugerah Usahawan Muda Koperasi UTHM serta Anugerah Wakaf dan Endowmen.
Istiadat kali ini menyaksikan jumlah alumni UTHM bertambah kepada 66,309 orang dan bagi memeriahkan lagi konvokesyen, pelbagai acara sampingan turut diadakan bermula semalam sehingga 14 Disember ini.
Gambar: Seramai 4,915 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing bermula hari ini sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke-25 bermula hari ini. - Foto ihsan UTHM

Berita/Aktiviti