Berita TVET
PERHEBAT hantar 9 anggotanya ke China jalani latihan kendali tren ECRL
10 December 2025
KOTA BHARU: Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) menghantar sembilan anggota dan veteran tentera mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri–Projek Laluan Rel Pantai Timur (PLKI–ECRL) di China.
Ketua Pengarah PERHEBAT, Datuk Amir Md Noor, berkata peserta berusia antara 40 hingga 42 tahun itu menjalani latihan selama setahun bermula pada September lalu, di Liuzhou Railway Vocational Technical College, Liuzhou, Guangxi.
"Kerjasama strategik ini membabitkan PERHEBAT, China Communications Construction Company (Malaysia) Sdn Bhd (CCCC), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Yayasan Pahang, UCYP University dan Akademi Rel Pahang bagi memperkasakan sosioekonomi bakal pesara serta veteran.
"Setakat ini, sembilan anggota sudah dihantar sebagai kumpulan perintis. Jika berjaya menamatkan latihan, mereka akan ditawarkan pekerjaan oleh CCCC untuk mengendalikan tren ECRL, termasuk peluang oleh MRL," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sekolah Angkat MADANI kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pahlawan di sini.
"Sumbangan ini merangkumi platform pembelajaran digital termasuk Smart TV, peranti teknikal seperti komputer dan penyaman udara. Setakat ini, dua sekolah dipilih, termasuk di Sarawak dan wajar diperluas ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran," katanya.
Sementara itu, Amir berkata, PERHEBAT melatih kira-kira 6,000 orang setiap tahun di 18 pusat latihan dengan empat kali pengambilan setahun.
Beliau berkata, enam teras latihan ditawarkan merangkumi latihan sambil kursus, latihan industri, pendidikan teknikal dan vokasional keusahawanan, pertanian dan pengurusan.
"Latihan ini memberikan kemahiran baharu kepada anggota termasuk veteran selepas pencen sekali gus membantu mereka menjana pendapatan untuk menyara keluarga.
"Usaha ini selaras dengan hasrat Kementerian Pertahanan yang mahu memastikan pesara tentera mempunyai sumber pendapatan selepas tamat perkhidmatan. PERHEBAT juga giat bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Weststars bagi peluang penempatan kerja," katanya. – BERNAMA

Berita/Aktiviti