Berita TVET
SIDANG DUN : 10 PROGRAM TVET DAPAT PERMINTAAN TINGGI
11 December 2025
KUANTAN, 11 DISEMBER 2025 : Sebanyak 10 program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dikenal pasti paling mendapat sambutan dalam kalangan pelatih di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, YB. Tuan Sim Chon Siang, daripada 10 program itu, bidang elektrik dan kimpalan muncul sebagai pilihan utama dengan seramai 322 orang pelatih dari negeri ini memilih mengikuti program terbabit.
“Analisis data menunjukkan minat pelatih daripada Pahang tertumpu kepada bidang teknikal teras yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, YB Dato’ Wong Tat Chee, pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.
Tambahnya, turut menjadi pilihan ialah program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik (T3) iaitu seramai 228 pelatih, 173 pelatih bagi Pemasangan Elektrik (T2), Program Penyejukan dan Penyelenggaraan Udara HVAC (T3) seramai 160 pelatih, Teknologi Kimpalan (T4) seramai 142, serta dua program penyediaan makanan bagi tahap T3 dan T2 yang menerima 140 dan 131 pelatih.
Selain itu Program Pembuatan Roti dan Pastri (T2) turut menjadi pilihan dengan seramai 128 pelatih dan Sokongan Sistem Komputer (T2) adalah seramai 108 pelatih.
Katanya lagi, berdasarkan kepada data Jabatan Pembangunan Kemahiran, sejumlah 4,365 orang pelatih kelahiran Negeri Pahang yang sedang mengikuti program TVET di pusat bertauliah awam dan swasta di seluruh negara.
“Di Pahang sendiri adalah seramai 2,547 orang, di Selangor seramai 664 orang, di Terengganu seramai 235 orang, di Johor seramai 225 orang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 213 orang, Negeri Sembilan seramai 194 orang, Perak seramai 181 orang, Melaka seramai 167 orang, Pulau Pinang seramai 72 orang, Kedah seramai 51 orang, Kelantan seramai 37 orang, Perlis seramai 21 orang, Sarawak seramai 19 orang, Sabah seramai lapan orang, dan Wilayah Persekutuan Labuan seorang,” ujarnya. -PAHANGMEDIA

Berita/Aktiviti