Berita TVET
Syarat wajib latihan TVET untuk lepasan SPM dapat reaksi positif
6 August 2025
Kuala Lumpur: Pemain industri perladangan memberi reaksi positif terhadap syarat baharu yang mewajibkan mereka melatih lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) walaupun pelaksanaannya masih berada di peringkat awal.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, program yang dirangka untuk memperkukuh latihan berasaskan TVET melalui Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) seperti Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML), "Harvesting Specialist" dan "Machine Specialist" mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat perladangan utama.
Menurutnya, program berkenaan yang dilaksanakan melalui pendekatan "Place and Train" bertujuan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam operasi ladang moden yang menekankan produktiviti, keselamatan dan kos operasi yang optimum.
Antara syarikat yang menjalinkan kerjasama strategik dengan IMPAC, termasuk SD Guthrie, FGV Plantation Berhad dan Sarawak Plantation Berhad.
"Sejak 2024, lebih 160 pelatih berjaya dilatih dan ditempatkan di ladang milik syarikat terbabit, sekali gus membuktikan keberkesanan inisiatif ini dalam memenuhi keperluan industri.
"Melihat kejayaan pelaksanaan awal, beberapa lagi syarikat perladangan terkemuka, seperti Genting Plantations Berhad, Johor Plantation Group dan Boustead Plantations Berhad menunjukkan komitmen awal untuk melaksanakan program yang sama.
"Program ini bukan saja menyediakan jaminan kerjaya kepada pelatih, malah membantu syarikat dalam membangunkan tenaga kerja mahir berasaskan keperluan sebenar di lapangan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai sejauh mana sambutan pemain industri di sektor perladangan terhadap syarat baharu yang mewajibkan mereka untuk melatih lepasan SPM menerusi program TVET supaya negara tidak terus bergantung kepada tenaga kerja asing.
Sebelum ini, KPK menetapkan prasyarat kepada pemain industri perladangan supaya mengambil pelajar lepasan TVET dalam bidang berkaitan sebelum dibenarkan menggaji pekerja asing.
Johari berkata, dalam memastikan kesesuaian kandungan latihan dengan realiti operasi di lapangan, syarikat berkenaan turut menjalin kerjasama aktif bersama institusi latihan, seperti Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA), Kolej Yayasan Pahang dan beberapa institusi TVET lain.
Usaha kolaboratif itu bertujuan memastikan modul latihan yang dibangunkan benar-benar menepati keperluan ladang moden berteraskan teknologi dan amalan pertanian mampan.
"Selain itu, KPK juga melaksanakan sesi libat urus bersama Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Persatuan Pemilik Estet Malaysia (MEOA) bagi meneliti secara menyeluruh isu kritikal, seperti skop tugas serta prospek laluan kerjaya.
"Hasil dapatan ini akan menjadi input penting dalam merangka strategi penambahbaikan sektor guna tenaga, khususnya dalam usaha menarik dan mengekalkan penyertaan pekerja tempatan secara berterusan," katanya.

Berita/Aktiviti