Berita TVET
KPT tingkat kerjasama industri, perkukuhkan TVET lonjak kebolehpasaran graduan
16 September 2025
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui pelbagai inisiatif, termasuk memperkukuh kerjasama dengan industri serta memastikan hasil penyelidikan universiti memberi manfaat langsung kepada masyarakat.
Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr Anesee Ibrahim, berkata peranan kementerian berbeza dengan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menekankan kompetensi asas.
Sebaliknya, KPT menumpukan pembangunan bakat bersesuaian dengan keperluan negara dan kehendak pasaran kerja.
"Tidak mungkin semua universiti dapat mengejar perubahan industri, khususnya dalam bidang pesat seperti teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
"Justeru, KPT menambah nilai melalui kursus jangka pendek bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran terkini," katanya ketika temu bual bersama media, kelmarin.
Pembangunan bakat dan kerjasama dengan industri
Menurut beliau, jutaan ringgit diperuntukkan kerajaan untuk membiayai kursus kemahiran tambahan, terutama dalam bidang teknologi baharu.
Kursus ini memfokuskan kepada kemahiran terkini yang diperlukan industri, contohnya dalam bidang AI, bagi melengkapkan ilmu yang mungkin tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa.
Malah, pembangunan kurikulum universiti turut dilaksanakan bersama badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) bagi memastikan standard industri dipatuhi.
Menurut Anesee, KPT memainkan peranan sebagai pemudah cara dan mengeluarkan dasar yang perlu dipatuhi universiti awam.
Pemantauan kolaborasi antara universiti awam dan industri dilakukan KPT untuk memastikan standard ditetapkan dipatuhi.
Anesee menegaskan, selain sijil dan ijazah, majikan turut menilai kecekapan peribadi graduan dalam membuat pilihan pengambilan pekerja.
"Sijil dan ijazah dari Malaysia diterima pada peringkat antarabangsa, namun sama ada graduan itu mendapat tempat dalam industri bukan hanya bergantung kepada sijil dan ijazah semata-mata," katanya.
Pemindahan ilmu untuk manfaat komuniti
KPT turut menitikberatkan pemindahan ilmu kepada masyarakat agar hasil penyelidikan tidak hanya bersifat akademik.
Beliau memberi contoh inisiatif Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membantu nelayan di Pasir Puteh memperbaiki kaedah pengeringan, pembungkusan dan pemasaran ikan kering, yang akhirnya meningkatkan pendapatan mereka.
"Ilmu dari universiti perlu keluar ke komuniti untuk dimanfaatkan. Justeru, permohonan geran penyelidikan kini diberi keutamaan kepada penyelidikan gunaan," jelasnya.
Mengulas mengenai kebimbangan terhadap Akta 605, Anesee menegaskan, ia tidak menyekat kebebasan pensyarah bersuara, sebaliknya hanya menggariskan panduan supaya pandangan akademik disampaikan dalam konteks kepakaran masing-masing.
Beliau menambah, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil di bawah akta itu sejak beliau memegang jawatan.
"Saya percaya, surat penjelasan dikeluarkan kementerian telah memperjelas keadaan dan meyakinkan pensyarah," katanya.
Statistik dan hala tuju pendidikan tinggi
Statistik terkini menunjukkan Kadar Bekerja Graduan Baharu Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia pada tahun 2024 adalah 92.5 peratus berbanding 90.9 peratus pada tahun 2023.
"KPT kini menggunakan indikator baharu iaitu Kadar Bekerja Graduan menggantikan Kadar Kebolehpasaran Graduan selaras dengan Kadar Siswazah Bekerja yang diguna pakaioleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan International Labour Organization (ILO) di peringkat antarabangsa sebagai penanda aras rasmi," katanya.
Anesee turut menekankan, tumpuan KPT terhadap kebolehpasaran graduan dan pemindahan ilmu akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Dalam pada itu, Anesee menegaskan usaha memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) diteruskan seiring hasrat kerajaan menjadikannya laluan pilihan pertama, setaraf dengan laluan akademik.
Menurutnya, walaupun KPT mempunyai empat universiti teknikal, peranan industri penting dalam menyediakan permintaan dan peluang kerjaya yang setara bagi graduan TVET untuk menarik minat masyarakat.
Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang merangkumi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi tunjang kepada hasrat itu.
Universiti ini awalnya adalah kolej universiti teknikal sebelum penjenamaan semula pada tahun 2007 untuk menjadi universiti penuh, selaras dengan dasar TVET negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir.
"Selepas ini sasaran kami ialah permohonan pelajar ke pendidikan TVET selaras dengan aliran akademik lain di peringkat universiti," katanya.
Antara strategi utama ialah penubuhan TVET Collaboration Hub dan pengukuhan Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) yang memperkukuh jaringan antara IPTA, politeknik, kolej komuniti dan industri.
Selain itu, Program TVET-Premier Institution menempatkan beberapa IPT sebagai pusat rujukan bidang khusus dan Model pembelajaran fleksibel 2U21 (dua tahun di universiti, dua tahun di industri) bagi memastikan pelajar TVET mendapat pengalaman kerja sebenar.
Anesse berkata, KPT hari ini TVET telah menjadi pilihan popular dengan lebih 250,000 pelajar mendaftar program TVET pada 2024, dan permintaan industri terus meningkat terutamanya dalam bidang elektrik dan elektronik, automasi, aeroangkasa dan tenaga boleh diperbaharui.

Berita/Aktiviti