Berita TVET
Jelajah TVET akan libatkan pemain industri tahun depan
21 September 2025
IPOH - Kerajaan Perak akan memperluaskan program turun padang memperkenalkan pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dengan melibatkan pemain industri utama bermula tahun depan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu penting bagi meyakinkan ibu bapa dan pelajar mengenai prospek kerjaya cerah yang ditawarkan menerusi sijil TVET.
Menurutnya, jelajah itu antara lain akan menampilkan syarikat automotif seperti Proton dan BYD yang beroperasi di Tanjung Malim, selain syarikat-syarikat berkaitan untuk memberi penerangan berhubung peluang pekerjaan dalam bidang tersebut.
“Dulu orang anggap sijil TVET ini kelas kedua, tapi itu salah. Ramai graduan universiti akhirnya kembali ke kolej komuniti atau pusat TVET untuk mendapatkan kemahiran sebenar sebelum berjaya memperoleh pekerjaan.
“Kita turun ke sekolah, jumpa PIBG, ibu bapa dan pelajar untuk yakinkan mereka bahawa masuk kolej TVET bukan sekadar dapat sijil, tetapi peluang pekerjaan yang sudah tersedia,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Kemuncak Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini pada Ahad.
Saarani berkata, berdasarkan rekod, 94.5 peratus graduan TVET berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Jelasnya, keperluan tenaga mahir TVET amat penting bagi memenuhi permintaan di kawasan pembangunan baharu seperti Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP), Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim dan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).“Kita mahu pastikan apabila peluang kerja dibuka kelak, ia diisi oleh anak Perak sendiri.
“Sebab itu, kita mahu mereka jelas bidang pilihan, sijil yang diperlukan serta kolej yang sesuai,” katanya.Tambah beliau, sambutan daripada ibu bapa masih memerlukan penerangan berterusan kerana terdapat pihak yang menimbulkan persepsi negatif mengenai sijil TVET.
“Oleh itu, tahun depan kita akan bawa contoh terus kepada mereka. Kita jemput Proton dan BYD sendiri terangkan peluang yang ada supaya tidak timbul salah faham.“Kita tidak mahu peluang pekerjaan ini akhirnya diisi pihak luar kerana anak tempatan tidak bersedia,” katanya.
Gambar: Saarani (tengah) menyampaikan Anugerah Khas Belia sempena Majlis Kemuncak KAMU di pekarangan Stadium Indera Mulia pada Ahad.

Berita/Aktiviti