Berita TVET
Program TVET diselaras tangani masalah kekurangan tenaga mahir pembinaan
29 October 2025
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyelaras pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) di pelbagai agensi bagi mengatasi isu kekurangan tenaga mahir dalam industri pembinaan negara.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata langkah penyelarasan itu dilaksanakan bagi memastikan program TVET lebih terarah dan berkesan dalam melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkualiti tinggi serta memenuhi keperluan pasaran semasa.
"Memang ada dasar tertentu untuk kita atasi kekurangan kemahiran ini di masa akan datang. Program TVET kini diperkukuh, di mana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengetuai inisiatif ini untuk menyelaraskan pelaksanaan antara agensi supaya lebih terarah dan berkesan.
"Program TVET turut dilaksanakan melalui beberapa agensi seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menambah tenaga kerja mahir, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknikal untuk kita tangani masalah kekurangan tenaga mahir pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan Pameran Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 di sini, hari ini.
Alexander turut menggesa lebih ramai anak muda di universiti menceburi bidang kejuruteraan dan teknikal bagi memastikan industri pembinaan negara tidak terjejas akibat kekurangan tenaga kerja mahir.
Dalam ucapannya sebelum itu, Nanta berkata kekurangan tenaga mahir bukan hanya menjadi isu di Malaysia tetapi turut menjadi cabaran utama di seluruh Asia, selain peningkatan kos bahan binaan dan tekanan perubahan iklim.
Namun, katanya walaupun lebih 70 peratus pemaju melaporkan kenaikan kos operasi dan 60 peratus menghadapi kekangan tenaga kerja serta bahan binaan, sektor pembinaan negara kekal kukuh dan terus menjadi tunjang pelaburan domestik.
"Sektor pembinaan terus memainkan peranan penting sebagai pemacu utama pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara, selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)," katanya.
Di bawah pelan itu, katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM430 bilion bagi perbelanjaan pembangunan untuk tempoh lima tahun akan datang, dengan purata RM86 bilion setahun bagi mempercepat pelaksanaan infrastruktur mampan, perumahan mampu milik serta peningkatan jaringan antara wilayah.
Daripada jumlah itu, lebih separuh diperuntukkan kepada sektor ekonomi, dengan RM93.9 bilion disalurkan khusus bagi pembangunan di negeri-negeri kurang membangun, bagi memastikan tiada kawasan yang ketinggalan dalam arus kemajuan negara.
Alexander berkata, pembangunan kemahiran dan inovasi akan terus menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan sektor pembinaan Malaysia berdaya saing dan berdaya tahan di peringkat serantau.
Penganjuran ICW dan BuildXpo 2025 kali ini amat signifikan kerana berlangsung ketika Malaysia memegang kerusi Pengerusi ASEAN 2025.
Dengan tema 'Constructing the Future of ASEAN', ia mencerminkan aspirasi bersama rantau ini untuk membina masa depan yang lestari dan berdaya tahan melalui inovasi serta teknologi.
Acara yang merangkumi ruang pameran seluas 10,000 meter persegi itu menampilkan lebih 350 reruai membabitkan penyertaan 200 syarikat dari 10 negara termasuk China, Korea, Jepun dan Eropah.
Acara berprestij yang berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu dijangka menarik kehadiran lebih 12,000 pengunjung serta penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan industri berkaitan.

Berita/Aktiviti