Berita TVET
Pelajar ambil bidang TVET dijangka melonjak sehingga 70 peratus akhir RMK13 - TPM
29 October 2025
KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan penyertaan pelajar lepasan sekolah mengikuti Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ketika ini mencapai 53.9 peratus, akan melonjak sehingga 70 peratus pada akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 439,000 pelajar yang sedang mengikuti bidang itu ketika ini dengan kebanyakannya dari luar bandar, akan menjadi pemacu kepada perubahan kepada ekosistem pendidikan negara pada masa depan.
Katanya, peningkatan signifikan bilangan pelajar yang mengikuti TVET pada masa kini berpaksi kepada beberapa faktor, termasuk perubahan ekosistem pendidikan negara, di samping kebolehpasaran dan gaji pemula bidang ini yang dilihat menjamin masa depan mereka.
"Generasi alpha (dirujuk mereka yang lahir pada 2013 hingga 2020) yang akan datang ini, apabila melihat bahawa lebih daripada 53.9 peratus (perlajar) sudah mengambil kursus-kursus (TVET) ini. Saya tidak terkejut diakhir RMK13, jumlah ini akan meningkat kepada 70 peratus.
"Kita sudah melakukan satu 'game changer' untuk mengubah ekosistem pendidikan kita daripada konvensional, ambil PMR, SPM, STPM, lepas itu masuk universiti, ambil kursus tertentu. Itu semua penting, tetapi kerelevanan dan kebolehpasarannya sudah berbeda.
"Ertinya yang mengorak langkah mula-mula ini, ialah rakan-rakan seperti saudara-saudari yang ada di hadapan saya dan di semua institusi kita di seluruh negara," katanya menyampaikan ucapan merasmikan Chit Chat Madani bersama Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) di Parlimen, di sihi, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan sememangnya meletakkan keutamaan TVET sebagai antara bidang pengajian utama yang akan memacu perubahan ekosistem tenaga kerja anak muda di negara ini.
"Apabila pertanggungjawaban ini diberikan kepada saya untuk pengerusikan Majlis TVET Negara, ketika itu peruntukan diberikan kepada 12 kementerian yang berbeza (mengawal selia TVET), keseluruhannya sebanyak RM6.8 bilion.
"Setahun kemudian, dipertingkatkan kepada RM7.5 bilion dan tahun hadapan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia meningkat kepada RM7.9 bilion. Ertinya kerajaan memberikan keprihatinan terhadap TVET dan keutamaannya ialah pelajar-pelajar di luar bandar," katanya.
Ahmad Zahid berkata, pada masa ini, trend peningkatan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah yang memilih TVET sebagai aliran untuk melanjutkan pelajaran, naik dengan begitu mendadak.
"Kini, di seluruh 1,398 institusi TVET, sama ada di bawah kerajaan Persekutuan yang meliputi 12 kementerian ataupun di bawah swasta dan kerajaan negeri, pelajar-pelajar sekolah atau lepasan sekolah menengah yang masuk ke TVET meningkat daripada 190,000 tiga tahun lalu, kini mencanak naik kepada 439,000 pelajar," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kadar urbanisasi atau pemindahan dari luar bandar ke bandar yang direkod pada 2020 adalah berada di tahap tiga peratus dan kini, ia sudah menurun kepada 2.4 peratus.
"Sebab KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) dan semua agensi-agensi di bawah itu melakukan urbanisasi bukan secara fizikal, iaitu 'horizontal social mobility', kita berpindah secara fizikal ke bandar.
"Tetapi sekarang kita mengurbanisasikan kawasan luar bandar. Kita lihat FELDA
umpamanya, dulu kawasan hutan, ertinya tempat jin-jin bertendang. Itu dulu, kini sebahagian daripada rancangan FELDA, 319 rancangan FELDA yang ada, lebih 50 peratus sudah dibandarkan," katanya.
Gambar: Ahmad Zahid (tengah) beramah mesra bersama peserta yang hadir di majlis perasmian program Chit Chat MADANI Bersama Kelab Penyokong Kerajaan MADANI di Dewan Serbaguna, Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

Berita/Aktiviti