Berita TVET
Perluas TVET untuk pekebun kecil, gabungkan dengan ekonomi gig
11 December 2025
SUNGAI SIPUT: Kerajaan memberi komitmen penuh untuk memperluaskan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada lebih ramai pekebun kecil, sekali gus mengubah landskap pertanian tradisional kepada pengurusan ladang berteknologi tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata golongan pekebun kecil perlu diberi akses kepada program TVET yang fleksibel, bersijil dan disesuaikan dengan keperluan sebenar sektor pertanian, merangkumi latihan di kebun, tapak operasi serta medan pengeluaran.
Menurut beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), TVET pertanian perlu digabungkan dengan ekonomi gig desa, inovasi tempatan dan penggunaan mesin moden bagi melahirkan tenaga kerja luar bandar yang lebih profesional serta berdaya saing.
"Dengan penuh keyakinan saya tegaskan, TVET adalah masa depan tenaga kerja Malaysia. Dalam konteks pekebun kecil, TVET ialah kunci kepada pertanian moden lebih produktif, berdaya saing dan bermaruah.
"Kita tidak boleh lagi mengurus ladang dengan cara lama dalam dunia yang digerakkan teknologi, data dan automasi," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib, pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-25 PKPKM di sini, semalam.
Turut hadir, Presiden PKPKM, Adzmi Hassan; Timbalan Presiden PKPKM, Meor Harun Meor Osman; dan Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan.
Ahmad Zahid berkata pengukuhan TVET di desa perlu dilakukan secara lebih tersusun, agresif dan dekat dengan realiti industri supaya golongan belia luar bandar dapat melangkah lebih jauh daripada sekadar menjadi pekerja di tanah sendiri.
Sebaliknya, mereka perlu dilahirkan sebagai operator teknologi, teknousahawan tani serta pengurus ladang pintar yang mampu mengendalikan peralatan moden, automasi serta aplikasi pertanian digital.
Konsep HoW berpotensi
Ahmad Zahid turut menyatakan minat terhadap konsep 'Harvester on Wheel' (HoW) yang diketengahkan PKPKM, yang disifatkan sebagai berpotensi besar menjadi game changer dalam menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja tuaian.
Beliau berkata, konsep itu bukan sahaja membuka peluang pendapatan baharu kepada belia desa, malah mampu meningkatkan profesionalisme kerja ladang serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
"Jika digabungkan dengan latihan TVET pertanian yang sistematik, kita dapat membina satu ekosistem gig luar bandar yang berkemahiran tinggi, produktif dan bermaruah.
"Kerajaan bersedia meneliti cadangan ini secara serius kerana apa jua inisiatif memberi manfaat kepada pekebun kecil adalah keutamaan kerajaan," katanya.
Inisiatif HoW dilihat selari dengan strategi nasional memperkasa ekonomi gig serta mendigitalisasikan sektor pertanian, khususnya bagi menangani isu kritikal kekurangan tenaga kerja dalam industri getah dan kelapa sawit yang banyak bergantung kepada pekebun kecil.
Melalui pendekatan gig itu, belia tempatan berpeluang menjana pendapatan secara fleksibel sebagai tenaga kerja ladang terlatih, sementara pekebun kecil pula mendapat akses kepada tenaga kerja yang cekap dan mudah diperoleh mengikut keperluan semasa sekali gus mewujudkan ekosistem pertanian moden yang lebih mampan dan berdaya saing.
Gambar: Manndzri (tengah) mewakili Ahmad Zahid melancarkan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-25 PKPKM di Sungai Siput, semalam.

Berita/Aktiviti